Dapatkan Destiny 2 Percuma Di PC Dalam Masa Terhad!

Sempena BlizzCon 2018, Bungie mengumumkan Destiny 2 akan diberikan secara percuma bagi pengguna PC bermula sekarang sehingga 18 November. Korang memerlukan akaun Battle.net untuk memiliki game itu buat selama-lamanya. 

Walaubagaimanapun, hanya game Destiny 2 asas tanpa apa-apa DLC akan diberikan secara percuma iaitu versi sama yang diberikan kepada pelanggan PlayStation Plus pada bulan September lepas. Namun, korang boleh dapatkan seluruh kandungan Year 1 dan Year 2 yang disertakan bersama Forsaken dan DLC lain-lain. 

Tambahan pula, Blizzard memberi peluang kepada pemain Destiny 2 baru untuk mencuba mod baru Forsaken dalam Gambit Free Weekend. Gambit adalah satu mod campuran PvE dan PvP pada 9 hingga 11 November. Bagi yang sudah memiliki Destiny 2 di PC, korang akan menerima hadiah eksklusif iaitu sebuah lencana khas (in-game emblem) menanda ulangtahun game ini pada bulan Disember nanti.

Destiny 2 merupakan sebuah game first-person shooter yang berbentuk sharing world di mana korang boleh bekerjasama bersama pemain lain untuk menaikkan level korang dan mengumpul pelbagai senjata serta perisai dalam kandungan PvE dan PvP.  

Kalau korang masih lagi ragu-ragu untuk main Destiny 2, korang boleh cuba-cuba main dan dapatkan Destiny 2 melalui Battle.net Gift. Jangan tunggu lama-lama kerana promosi percuma ini akan berakhir pada 18 November!

RELATED NEWS

+