Dapatkan salinan fizikal Cyberpunk 2077 Code-in-a-Box untuk PC melalui Impulse Gaming

Cyberpunk 2077 bakal tiba dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Versi PC judul tersebut juga dijual secara fizikal dan ia datang bersama beberapa barangan bonus menarik. Jangan risau jika anda mahu membelinya di Malaysia.

Impulse Gaming telah mengumumkan bahawa mereka menjadi penjual rasmi Cyberpunk 2077 Code-in-a-Box untuk PC. Anda boleh pra-tempah dan beli versi ini pada harga RM219 melalui kedai fizikal Impulse dan juga laman Shopee mereka.

Berikut adalah senarai barangan bonus yang anda akan dapat dalam Cyberpunk 2077 Code-in-a-box:

  • Bekas cakera yang mengandungi kod permainan (tebus melalui GOG.com) dan juga lagu latar
  • Kandungan digital
  • Peta Night City
  • Poskad Night City
  • Kompendium dunia Cyberpunk 2077
  • Pelekat Cyberpunk 2077
  • Rantai kunci eksklusif (stok terhad)
  • Lencana eksklusif Cyberpunk (stok terhad)

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 17 September 2020 di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. Untuk maklumat lanjut mengenai Cyberpunk 2077 Code-in-a-box untuk PC, sila rujuk laman rasmi Facebook Impulse Gaming.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+