GQ, Jim Ryan, ketua pegawai eksekutif PlayStation, menyatakan bahawa beberapa permainan eksklusif PlayStation 4 (PS4) akan dilancarkan untuk PC pada tahun ini."> GQ, Jim Ryan, ketua pegawai eksekutif PlayStation, menyatakan bahawa beberapa permainan eksklusif PlayStation 4 (PS4) akan dilancarkan untuk PC pada tahun ini." /> GQ, Jim Ryan, ketua pegawai eksekutif PlayStation, menyatakan bahawa beberapa permainan eksklusif PlayStation 4 (PS4) akan dilancarkan untuk PC pada tahun ini." />

Days Gone dan permainan eksklusif PlayStation lain akan dilancarkan untuk PC

Dalam sebuah temu bual bersama majalah GQ, Jim Ryan, ketua pegawai eksekutif PlayStation, menyatakan bahawa beberapa permainan eksklusif PlayStation 4 (PS4) akan dilancarkan untuk PC pada tahun ini.

Permainan pertama yang akan dilancarkan di Steam pada suku kedua tahun ini ialah Days Gone. Permainan ini pada asalnya dilancarkan secara eksklusif untuk PS4 pada tahun 2019. Ia juga telah menerima sebuah kemaskini untuk versi PS5 pada awal tahun ini.

Versi PC Days Gone akan mengandungi kualiti grafik yang ditambahbaik, sokongan resolusi ultra-luas, dan kadar bingkai tidak terhad. Mod permainan New Game Plus, Survival Mode, dan Challenge Mode juga boleh diakses.

Antara permainan pihak pertama PlayStation yang telah dilancarkan untuk PC setakat ini adalah Death Stranding dan Horizon Zero Dawn. Penulis berharap permainan-permainan seperti Bloodborne dan God of War juga akan tiba di PC.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+