Demo Kingdom Hearts Melody of Memory kini tiba di konsol

Square Enix hari ini mengumumkan pelancaran demo untuk permainan aksi irama, Kingdom Hearts Melody of Memory.

Demo ini mencabar pemain atau bersama kawan untuk berlawan menerusi enam tracks bersama Sora, Donald dan Goofy, memberikan gambaran penuh bagaimana permainan video ini akan dimainkan pada 13 November nanti selepas dilancarkan.

Dalam versi penuh, terdapat 140 lagu boleh dimainkan (semua lagu itu adalah dari siri Kingdom Hearts) contohnya seperti “Destiny Islands,” “Hand in Hand,” “Working Together,” dan banyak lagi dihasilkan oleh Yodo Shimomura selaku komposer.

Ini juga adalah siri pertama Kingdom Hearts yang akan dilancarkan di Nintendo Switch.

Anda boleh mula muat turun di PlayStation Store, Nintendo dan laman web Microsoft.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+