Demo Moving Out Dilancarkan, Boleh Dimainkan Empat Orang

Ketika Perintah Larangan Pergerakan (PLP) masih berkuatkuasa di Malaysia, rakyat boleh mengeratkan hubungan keluarga di rumah melalui bermain permainan video.

Dalam Moving Out, anda dan rakan-rakan ditugaskan untuk mengeluarkan perabot dari sebuah rumah untuk tujuan pemindahan. Demo untuk permainan video ini kini dilancarkan di PC (Steam), PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Nintendo Switch.

Anda boleh bermain secara berseorangan atau secara co-op dengan tiga pemain lain. Jika anda pernah bermain Overcooked and Overcooked 2, anda akan perasan terdapat beberapa persamaan dari segi cara permainan.

Apa yang membuatkan permainan video ini sangat menyeronokkan ialah anda perlu bekerjasama untuk mengeluarkan semua perabot. Perabot yang berat seperti sofa dan almari perlu diangkat dua orang dan ada kalanya anda perlu melontarkan perabot dan pemain lain menyambutnya.

Moving Out akan dilancarkan pada 29 April 2020 untuk PC, PS4, Xbox One, dan Nintendo Switch.

Sumber: Team17

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+