Developer Crash Bandicoot N. Sane Trilogy Di Nintendo Switch Didedahkan
2018-03-12T03:43:29
By: Hazril Md Nor

Developer Crash Bandicoot N. Sane Trilogy Di Nintendo Switch Didedahkan

 

Dah tahu dah developer yang akan membawa game klasik Crash Bandicoot ke konsol hibrid Switch?

Ia bukannya developer trilogi, Vicarious Visions tapi Toys For Bob yang terkenal kerana pernah bekerjasama dalam projek francais yang besar.

 

Toys For Bob pernah bekerjasama develop beberapa judul Skylanders termasuk Imaginators, permainan video yang mana Crash Bandicoot membuat comeback sebagai karakter unlockable bersama Dr. Neo Cortex. Jadi dah tentu mereka tahu bagaimana untuk portkan game seperti ini.

Jika ada yang terfikir sebab apa Toys For Bob menggalas tugas ini, ia mungkin untuk meringankan beban Vicarious Visions yang sedang menyiapkan projek lain. Ura-ura mengatakan mereka akan port Spyro the Dragon ke konsol tahun ini (pengumuman lanjut akan diketahui nanti mungkin ketika E3).

Footage awal untuk Crash Bandicoot N. Sane Trilogy di Nintendo Switch kelihatan sangat menarik kerana Toys For Bob sangat profesional dalam apa mereka buat, dan tidak mengubah coding dari Vicarious Vision. Jadi peminat di Switch tak perlu risau pasal proses porting ini.

 

Kita tengok macam mana Crash beraksi di Switch, Xbox One dan PC pada 10 Julai ini! WOOBAHGAH!!!

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Pelancaran Crysis Remastered ditangguh
3 days ago
Worms Rumble akan dilancarkan di PC, PS4, dan PS5 pada hujung tahun ini
4 days ago
Bandai Namco akan mengadakan pembentangan Play Anime Live pada 23 Julai
4 days ago
Selamat tinggal FIFA Online 3..
4 days ago
Tonton trailer baharu permainan pertarungan Sword Art Online: Alicization Lycoris
5 days ago
Monster Hunter World: Iceborne Title Update 4 akan dilancarkan pada 9 Julai