Diablo 2 Resurrected: Apa yang berubah?

Siri Diablo sentiasa menjadi bualan hangat antara peminat Blizzard kerana francais ini tak dinafikan lagi mempunyai pengikut yang ramai dan komuniti aktif.

Bagi judul kedua, Diablo 2 terutamanya versi Lord of Destruction sentiasa menjadi permainan klasik yang boleh dikatakan tiada tolok bandingnya. Mekanisme, atmosfera, penceritaan dan gaya permainannya memukau dan sentiasa dikenang sehinggalah sekarang.

Ramai juga peminat tertanya-tanya kenapa versi remaster tidak keluar-keluar lagi kerana pemain sentiasa menantikan versi yang menerima penambahbaikan grafik.

 

Diablo 2 Resurrected 

Diablo 2 Resurrected adalah versi pembaharuan grafik bagi Diablo 2 yang asal. Ia mengekalkan kesemua aspek permainan yang menjadikan Diablo 2 satu masterpiece ketika dulu. Namun, ia bukan sekadar itu.

Resurrected mempunyai kadar bingkai lebih tinggi, menyokong resolusi 4K. Contoh yang lain adalah tetapan untuk mengutip gold secara automatik yang boleh menjimatkan masa.

Tak dilupakan juga versi baharu ini juga mempunyai sinematik yang dibuat semula yang mana grafiknya akan menyamai standard hari ini. 

Malah, setiap efek bunyi, dan partikel diperbaharui untuk menjadi lebih menarik.

Bagi anda yang berminat dengan karakter-karakter terdahulu, kesemuanya boleh dimainkan. Asssassin dan Druid pun boleh dimainkan seperti biasa.

 

Boleh main di platform berbeza

Berbeza dengan Diablo 2 yang hanya di PC, Resurrected pula boleh dimainkan di Switch, PC dan konsol generasi baharu juga. Selain itu, ia menyokong fungsi rentas kemajuan (cross-progression) dengan hanya memuat naik fail karakter ke akaun Battle.net dan anda boleh mengakses karakter ini di mana-mana platform.

Fungsi ini bagus sebab ia mengikut waktu bekerja atau belajar anda dan di mana anda berada menggunakan peranti berbeza.

Bilakah Diablo 2 versi baharu ini akan dilancarkan? Menurut Blizzard, mereka akan melancarkannya pada tahun ini dan lebih awal daripada Diablo 4 yang masih dalam pembangunan.

Kehadiran permainan video ini nanti pastinya akan menarik kembali peminat veteran mencuba dan mengajak pemain baharu merasai pengalaman yang hebat dirasai pemain lama suatu ketika dulu.

RELATED NEWS

+