Diablo 3 Akan Hadir Ke Nintendo Switch Tak Lama Lagi

Diablo dah ada di PC, di PlayStation 4 dan sekarang ia akan hadir ke Nintendo Switch pula!

Betul lah. Selepas Dark Souls: Remastered, Okami, Resident Evil 7 dan lain-lain, nampaknya tiba giliran Diablo 3 pula untuk menggegarkan konsol hibrid ini.

Versi Switch ini akan termasuk Diablo 3, expansion Reaper of Souls dan kelas Necromancer. Ia boleh memuatkan sehingga empat pemain dalam satu kembara menggunakan Nintendo Switch system dan empat sistem boleh disambungkan bersama walaupun dengan tiada Wifi.

Ia juga akan memperkenalkan armor unik iaitu Ganondorf.

Diablo 3 untuk Switch akan hadir tak lama lagi pada tahun ini. Blizzard mengatakan semalam dalam video yang terdapat banyak projek Diablo dalam pembikinan dan mungkin Diablo 4 juga dah berada dalam production sekarang ini.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+