DLC The Twisted & The Twilight diumumkan untuk Total War: Warhammer II
2020-11-20T04:19:37
By: Burhanudin Zamri

DLC The Twisted & The Twilight diumumkan untuk Total War: Warhammer II

 

Tiga tahun selepas dilancarkan, Total War: Warhammer II masih dimainkan ramai peminat permainan video strategi dan pembangunnya Creative Assembly masih komited memperkenalkan kandungan baharu. Baru-baru ini, studio tersebut telah mengumumkan kandungan tambahan (DLC) terbaru untuk permainan tersebut iaitu The Twisted & The Twilight.

DLC ini akan memperkenalkan dua Legendary Lords baharu, satu untuk kaum Skaven dan satu lagi untuk kaum Wood Elves.

Kaum Skaven akan menerima Throt the Unclean, seorang pemimpin yang handal dalam mencipta askar mutasi, dan kaum Wood Elves pula menerima The Sisters of Twilight Naestra dan Arahan, utusan Queen Ariel.

Seperti DLC lain yang telah dilancarkan untuk Total War: Warhammer II, The Twisted & The Twilight juga akan memperkenalkan pelbagai unit askar baharu.

Antara unit baharu Skaven adalah Brood Horros dan Mutant Rat Ogres. Wood Elves pula akan menerima unit Zoats, Great Stag Knights, Bladesingers, dan banyak lagi.

Sistem Amber akan direka semula untuk menjadikan kaum Wood Elves lebih seronok dimain dan kaum yang dipimpin Throt the Unclean boleh menambahbaik unit dengan menggunakan mutasi pelik.

Terdapat juga kandungan percuma yang akan dikeluarkan untuk semua pemain Total War: Warhammer II seperti Skaven Chieftain Hero dan Legendary Lord Drycha.

Peminat permainan ini boleh mula pra-tempah DLC ini sekarang di Steam pada harga RM25.20 (promosi pra-tempah potongan harga 10%). Ia akan dilancarkan pada 4 Disember ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai DLC ini, anda boleh membaca laman FAQ Creative Assembly.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
MPLI: Alter Ego akan bertemu RRQ Hoshi pada suku akhir, El Clasico sekali lagi!
2 days ago
MPLI: Geek Fam Indonesia akan bertemu Todak di peringkat suku akhir
2 days ago
Geek Fam tempat ketujuh dalam kejohanan Free Fire Continental Series Asia
3 days ago
PMGC: Team Secret berjaya raih WWCD di peta Miramar
3 days ago
PMGC: Pasukan 4am mengganas di peta Erangel
4 days ago
PlayStation 5 merekodkan pelancaran terbesar dalam sejarah PlayStation, kata Sony