DOTA 2: Geek Fam Bersedia Bersaing di Final APAC Predator League 2018 Esok!

Pasukan Dota 2 Malaysia, Geek Fam sudah bersedia menghadapi pusingan akhir Asia Pacific Predator League 2018 bertempat di Jakarta Indonesia dalam merebut wang tunai AS$150,000, esok. Fuhh banyak tu!

Mereka akan bertarung bersama pasukan lain dari Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura, Hong Kong, India dan Sri Lanka pada 19 Januari. 

Pemenang akan membawa pulang wang tunai AS$50,000 dan 5 unit Predator Helios 300 sementara tempat kedua, AS$25,000 dan AS$15,000 di tempat ketiga. 

Sebagai hos bagi kejohanan kali ini, Acer Indonesia akan mengadakan beberapa aktiviti gaming di Taman Anggrek Mall, Jakarta, Indonesia. 

Team MyGameOn akan terus update untuk perkembangan lanjut mereka. Nantikan!

 

TAGS

RELATED NEWS

+