DOTA 2: Geek Fam Tempah Slot Ke Upper Bracket Final Asia Pacific Predator League 2018

Selepas berjaya memenangi dua perlawanan antara Quid Pro Quo dari Filipina dan Signify dari India, akhirnya pasukan negara, Geek Fam berjaya mara ke pusingan upper bracket final yang akan berlangsung esok.

JADUAL perlawanan esok

Mereka akan berlawan dengan Boom ID atau Ten Twenty (Singapura) yang akan berentap dalam perlawanan penentuan upper bracket esok. Dalam dua perlawanan tadi, Geek Fam berjaya memaparkan aksi begitu memuaskan dan bagi penulis, ia kerana mereka mempunyai pengalaman dalam kejohanan Asia Tenggara dan Malaysia Esports League (MESL).

PASUKAN yang bertanding

Selain itu, hero pool mereka terutamanya pemain offlaner, March tak boleh disangkal lagi. Dia dengan mudahnya menggunakan Queen of Pain sebagai hero offlane. Keserasian mereka juga terserlah sepanjang kejohanan ini apabila kombo dilaksanakan dengan berkesan, sentiasa stick together dan mengutamakan farm bagi pemain midlane, Chyuan.

Bagi korang yang terlepas menonton perlawanan tadi, boleh lihat di Facebook rasmi mereka di SINI.

Siapa yang akan berentap melawan mereka pada pusingan akhir? Penulis jangkakan Boom ID akan berdepan dengan mereka. Selain kehebatan In Your Dream, Boom ID juga mempunyai keserasian antara pemain.

Adakah kita bakal menyaksikan perlawanan sengit antara Malaysia dan Indonesia di Grand Final? Nantikan!

Asia Pacific Predator League 2018 yang dibawakan oleh Acer mengumpulkan 8 pasukan dari Asia Tenggara dalam merebut wang tunai AS$150,000 yang berlangsung sehingga Ahad ini.

RELATED NEWS

+