DOTA 2: Ini Dia Pasukan Yang Mendapat Direct Invite Ke ESL One Genting 2018
2017-12-04T01:00:44
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: Ini Dia Pasukan Yang Mendapat Direct Invite Ke ESL One Genting 2018

 

Tahun lepas, negara kita digemparkan dengan kejohanan ESL One Genting 2017, acara e-sukan pertama untuk ESL di Malaysia. Disebabkan rakyat Malaysia yang begitu sporting dan menyokong sepenuhnya scene Dota 2, kita bertuah untuk edisi 2018 pula!

Untuk itu, ESL baru-baru ini mendedahkan direct invites bagi pasukan yang akan hadir. Berbeza dengan tahun lepas, sebanyak 16 pasukan akan bertanding dan 9 daripada mereka mendapat jemputan terus.

Penulis akan memberi sedikit info dari masa ke semasa bagi pasukan yang mendapat direct invite ke ESL One Genting 2018:

1. Team Liquid

Tak perlu dipersoalkan lagi kenapa pasukan Eropah ini mendapat jemputan terus. Mereka adalah juara The International 2017! Walaupun begitu, Team Liquid masih lagi kekal relevan dan memenangi kejohanan lain selepas TI antaranya StarLadder i-League Invitational Season 3 dan AMD SAPPHIRE Dota PIT League.

Nyata, pasukan diterajui Miracle-, Kuroky, GH, Mind Control dan Matumbaman ini akan memberi saingan sengit di ESL One Genting 2018 nanti.

2. Virtus.Pro

Pasukan dari Rusia ini bukanlah pesaing yang perlu dipandang sebelah mata. VP menunjukkan semangat yang tinggi untuk memenangi kejohanan. Selepas menjulang trofi ESL One Hamburg baru-baru ini, nampaknya mereka sudah bersedia untuk memberi kejutan pada tahun 2018.

3. Newbee

Chinese Dota antara yang menarik untuk disaksikan dan Newbee menepati kriteria itu seadanya. Selepas mendapat tempat kedua di The International 7, mereka tidak berhenti memburu trofi seterusnya. Kemenangan di Perfect World Masters menampakkan Newbee sudah matang sebagai satu pasukan dan berusaha memperbaiki kesilapan mereka.

4. Mineski

Skuad kendalian Mushi ini baru saja memenangi PGL Open Bucharest. Mereka antara pasukan paling kuat di rantau Asia Tenggara setakat ini dengan kemasukan iceiceice, Nana dan Jabz ke dalam roster. Mineski juga nampaknya bermain dengan lebih baik dalam patch terbaru ini.

Stay tuned untuk kemas kini lebih lanjut apabila ESL Dota 2 mengumumkan pasukan jemputan yang kelima dan seterusnya.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
PMPL: Dingoz MPX hampir ke SEA Final, beza hanya 5 mata dengan Team Secret
3 days ago
EVOS Legends mempunyai hero pool yang kecil? Ini jawapan Taxstump – Penganalisa EVOS Legends
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX di tempat pertama, Team Secret dan Taugeh Ayam ikut rapat
4 days ago
Apa yang jadi Alter Ego? EVOS Legends kini di kedudukan pertama
4 days ago
PMPL: Yoodo Gank bukan lagi tempat pertama, slot SEA akan jadi milik pasukan lain
4 days ago
Dota 2: MidOne berjaya ke DPC musim kedua bersama Team SMG