Bagaimana agaknya menjadi pemain profesional sepenuh masa? Bagi peminat Dota 2, pasti ada antara korang yang teringin untuk bergelar atlit e-sukan negara suatu hari nanti.
"> Bagaimana agaknya menjadi pemain profesional sepenuh masa? Bagi peminat Dota 2, pasti ada antara korang yang teringin untuk bergelar atlit e-sukan negara suatu hari nanti.
" /> Bagaimana agaknya menjadi pemain profesional sepenuh masa? Bagi peminat Dota 2, pasti ada antara korang yang teringin untuk bergelar atlit e-sukan negara suatu hari nanti.
" />

DOTA 2: Kerjaya Sebagai Pemain Game Sepenuh Masa – Team Flash
Bagaimana agaknya menjadi pemain profesional sepenuh masa? Bagi peminat Dota 2, pasti ada antara korang yang teringin untuk bergelar atlit e-sukan negara suatu hari nanti.
 
Sudah ada ramai pemain profesional Dota 2 tempatan, antaranya Mushi, Ohaiyo, Chuan, Kecik Imba dan ramai lagi. Namun, kesemua mereka bernaung di bawah organisasi e-sukan yang sudah dikenali di serata dunia.
 
Dalam artikel ini, ikuti temu bual penulis bersama Tan Jia Jun atau lebih dikenali sebagai jjz, memegang peranan sebagai kapten untuk pasukan baru iaitu Team Flash yang juga sebuah organisasi e-sukan bertapak di Singapura.
 
Team Flash turut dikenali dengan pasukan e-sukan yang terdiri daripada Dota 2, FIFA dan juga Hearthstone.
 
1. Pertama kali bergelar pemain profesional dan mempunyai kemudahan fasiliti (bootcamp), bagaimana perasaan anda?
 
Sejujurnya saya rasa lebih selesa dan lebih bersemangat untuk fokus dalam karier sepenuh masa ini selain menikmati setiap perlawanan yang disertai mulai sekarang.
 

BOOTCAMP Team Flash. FOTO: Team Flash

BOOTCAMP Team Flash. FOTO: Team Flash

2. Ceritakan pengalaman anda selepas mempunyai sokongan (penganalisa, jurulatih dan pengurus) sama seperti pasukan profesional luar negara?
 
Mereka banyak membantu kami dengan menyusun jadual, menyatakan kesalahan, memberi nasihat dan macam-macam lagi. Berbeza dengan sebelum ini di mana kami mungkin ignore dan tidak tahu berdepan dengan masalah sebegitu.
 
Fokus kami ialah memastikan setiap ahli cemerlang dalam posisi masing-masing dan tidak perlu risau mengenai hal lain kerana ia semua diuruskan dengan baik. 
 
Pasukan kami juga berbincang dengan lebih banyak percambahan idea dan bagaimana untuk meningkatkan prestasi masing-masing.  Dengan adanya jadual scrim disediakan oleh pengurus, banyak masa dimanfaatkan dengan baik.
 

ANTARA kejohanan disertai. FOTO: Team Flash

3. Bagaimana Team Flash memilih untuk menyertai kejohanan Major dan Minor memandangkan sistem Dota Pro Circuit menunjukkan begitu banyak tournament akan datang dan pasti akan berlaku schedule clashes.

Pengurus kami menentukan tournament mana yang harus disertai namun kami juga ingin menyuarakan bahawa sistem Dota Pro Circuit sedikit sebanyak memberi kesan ke atas jadual pasukan. Kami terpaksa melupakan hasrat bertanding di beberapa pertandingan kerana tiada masa cukup.

4. Adakah pasukan anda diberi gaji bulanan ataupun hanya memperoleh sumber kewangan dengan memenangi kejohanan saja?

Kami dibayar gaji bulanan tetap sesuai dengan pasaran e-sukan yang kompetitif di Malaysia. Sebagai pemain profesional, kami turut mendapat benefit lain seperti bonus yang dinilai mengikut prestasi. 

Wang kemenangan juga menjadi milik kami sepenuhnya dan sedikit dari jumlahnya disalurkan kepada organisasi.

5. Ceritakan sedikit mengenai rutin harian pasukan anda.

Kami biasanya akan scrim (sesi latihan) sebanyak tiga series selepas makan tengahari. Kami lebih fokus kepada perbincangan mengenai perlawanan tidak kira kalah atau menang kerana dengan cara itu, ia mampu memotivasikan diri kami untuk menjadi lebih berdaya saing.

6. Apa pendapat anda mengenai scene e-sukan di negara kita?

Senarionya berlainan sekarang dan ia positif. Saya berharap semua pemain dan penaja lebih passionate untuk sama-sama majukan industri e-sukan.

Line-up penuh Team Flash, bermain mengikut posisi 1 hingga 5:
• Kim ‘Unknown’ Jit Pin
• Yeong ‘Mercury’ Kai Soon
• Wang ‘Gy’ Kok Guan
• Tan ‘TrazaM’ Kai Soon
• Tan ‘jjz’ Jia Jun (Captain)

Management team:
• Joel ‘Xtinct’ Chan (Jurulatih)
• Harrison ‘Hachiko’ Truong (Penganalisa)
• Bonnie ‘BonBon’ Wui (Pengurus

Ini adalah sedikit latar belakang mengenai mereka:
 
Selepas memenangi pusingan kelayakan peringkat negeri Selangor bagi kejohanan Malaysia Esports League (MESL) dengan menewaskan pasukan pilihan Fire Dragoon (terdiri daripada pemain popular seperti Ahjit dan 343), 2-0 di final, ia menjadi breakthrough mereka dalam scene Dota 2.

Drafter, Tan ‘TrazaM’ Kai Soon (kedudukan ke-40 di carta Asia Tenggara), Wang ‘Gy’ Kok Guan dan Tan ‘jjz’ Jia Jun. Mereka pernah bermain bersama sebagai pasukan Reverse Heaven dan memenangi USD$25,000 sepanjang lapan bulan lalu.

Yeong ‘Mercury’ Kai Soon melengkapkan pasukan itu sebagai star player  dari pasukan terdahulu, Team Genesis sementara Kim ‘Unknown’ Jit Pin adalah pemain yang berpotensi kerana bakat dimiliknya.

Jurulatih mereka, Joel ‘Xtinct’ Chan adalah veteran dan bekas pemain profesional mewakili Malaysia dalam kejohanan World Championships tiga tahun berturut-turut (2012-2014). Xtinct dikenali di seluruh dunia sebagai co-captain bersama Mushi dengan memperoleh tempat ketiga di The International 3.

 

RELATED NEWS

+