DOTA 2: Nahaz Hampir Kehilangan Suaranya Di Acara DreamLeague Tapi Tetap Meneruskan Hingga Ke Final!

Jika korang follow perkembangan DreamLeague Dota 2 Major beberapa hari lepas, pasti korang perasan hos acara itu, Alan Bester atau lebih dikenali sebagai Nahaz hampir ‘kehilangan’ suaranya.

Nahaz dalam satu posting di Reddit berterima kasih kepada ahli komuniti yang memberi sokongan moral kepadanya.

“Terima kasih banyak-banyak kerana menonton dan kata-kata semangat yang diberikan. Saya sangat enjoy dekat acara ini dan sedikit kecewa kerana suara saya memberi impak kepada kualiti broadcast itu. Ia agak pelik kerana saya tak pernah kehilangan suara selama 17 tahun memberi syarahan (biasanya 3 jam pada satu sesi).

“Tapi disebabkan kerjaya dalam acara eSports lebih daripada 12 jam sehari dan overseas travel sangat memenatkan, ia memberi kesan kepada kesihatan. Saya akan memberi lebih perhatian kepada diri sendiri dan menghadiri kelas voice coaching pada masa depan,”

Penulis turut bersimpati dengan apa yang dihadapi Nahaz lebih-lebih lagi ia adalah acara penting, bertaraf Major dan disaksikan ratusan ribu peminat di seluruh dunia.

Tapi ternyata, Nahaz sudah melakukan yang terbaik dan tetap ingin memberikan komen mengenai ulasan panel penganalisa walaupun beliau tak mampu berucap kerana suaranya begitu serak. Pada usia 40 tahun, beliau perlu lebih bersedia pada kejohanan seterusnya dan memberi perhatian kepada kesihatan dirinya.

Ramai yang memberi kata-kata positif di media sosial seperti Twitter dan Reddit. Apa pun syabas Nahaz kerana berjaya pull off sampai grand final!

RELATED NEWS

+