DOTA 2: Selamat Tinggal Universe! Jasamu Dikenang Dalam Evil Geniuses
2017-12-21T09:59:27
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: Selamat Tinggal Universe! Jasamu Dikenang Dalam Evil Geniuses

 

Siapa tak kenal Saahil “Universe” Arora? Lagenda Dota 2 yang juga offlaner untuk Evil Geniuses (EG) dan tak pernah miss The International walau sekali pun.

Penulis faham ramai peminat EG kecewa dengan pengumuman rasmi daripada organisasi berkenaan. Beliau yang juga mendapat gelaran Best offlaner dan ‘AS$6 juta echoslam’ tu akhirnya meninggalkan EG selepas pasukan itu mendapat tempat ketujuh dalam The Summit 8. Tahun yang sangat tak konsisten bagi roster Amerika Utara. 

Tapi yang menjadi tanda tanya ialah penggantinya sudah dijumpai iaitu Rasmus “Misery” Filipsen. Sangat cepat dan something fishy about it. Besar kemungkinan Universe ditendang keluar daripada EG untuk menyediakan laluan kepada Misery tapi ia hanya teori semata.

Kemasukan Misery juga menyebabkan Fear step down sebagai kapten dan membiarkan veteran Dota 2 itu menggantikannya. Lebih mengejutkan, jurulatih mereka turut bertukar dengan pengunduran Avery “SVG” Silverman yang digantikan dengan Kanishka “BuLba” Sosale.

FOTO: evilgeniuses.gg

Selepas kehilangan Zai dan PPD, nampaknya roster EG terus bertukar dan tak lagi seragam macam dulu. Apa dah jadi? Macam mana Sumail akan bermain sebagai offlaner dan Fear beralih kepada mid nanti? Kita nantikan bagaimana roster terbaru ni akan perform dalam kejohanan ESL One Genting 2018. Tunggu!

Full Roster seperti berikut:

Artour “Arteezy” Babaev – Carry
Clinton “Fear” Loomis – Mid
Sumail “SumaiL” Hassan – Offlane
Andreas “Cr1t-” Nielsen – Support
Rasmus “MISERY” Filipsen – Support/Kapten

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Isu Vokey: “Jangan keterlaluan sampai melibatkan keluarga,” – Aiman Wafiy
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX layak ke SEA Final
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX di tempat pertama, Team Secret dan Taugeh Ayam ikut rapat
4 days ago
PMPL: Yoodo Gank bukan lagi tempat pertama, slot SEA akan jadi milik pasukan lain
4 days ago
Bukan rezeki Team Bosskurr, Suhaz EVOS terus dominasi
4 days ago
Dota 2: MidOne berjaya ke DPC musim kedua bersama Team SMG