DOTA2: Ceb Dituduh Rasis, Solo Buat Keputusan Boikot Epicenter Major

Sebelum ini Kuku diberi amaran tidak boleh bertanding di Chongqing Major kerana membuat komen berunsur rasis kepada komuniti China dalam Dota 2.

Sekarang, Sébastien “Ceb” Debs, juara The International 8 yang juga kapten OG ini pula terpaksa berdepan dengan isu sedemikian. Ia bermula apabila beliau meluahkan kekecewaan dalam public game dan kantoi di Reddit. Pemain itu yang triggered dengan perbuatan Ceb kemudiannya screenshot keseluruhan perbualannya bersama pemenang TI itu dan memuat naik versi ceritanya sendiri.

Menurutnya, Ceb mula toksik dan membuat komen rasis kepada orang Russia selepas pertelingkahan siapa yang patut ambil Aegis selesainya pembunuhan Roshan. Dia sebagai Storm Spirit memberitahu Ceb yang dia nak ambil Aegis tapi tidak dihiraukan malah Ceb merampasnya dan mati dua minit kemudian.

Ceb kemudiannya meminta maaf di post Reddit itu dan menceritakan apa yang berlaku padanya pula. Sebelum itu kita lihat screenshot perbualan antara mereka:

“Russian whores who would sell their mothers for MMR, Schizophrenic animals from Russia. Third world dogs.” Itu  kata-kata dikeluarkan oleh Ceb.

Ini adalah komen balas beliau di Reddit:

Ini pula apa yang dirasakan oleh Aleksey ‘Solo’ Berezin’, kapten Virtus Pro selaku dirinya sebagai warga Russia:

“Anda tak berhak untuk mengeluarkan kata-kata itu tak kiralah apa yang berlaku. Saya bangga sebagai rakyat Russia dan kata-kata anda buat saya tergamam. Anda bukan pemain muda yang boleh terlajak kata. Anda berada dalam permainan ini sejak awal dan dihormat oleh ahli komuniti jadi ia membuatkan situasi ini lebih teruk,”

Lebih teruk, Solo membuat solidariti kepada permainan berkenaan dengan memilih untuk tak bertanding di Epicenter Major melainkan Valve mengambil tindakan lanjut terhadap isu rasis ini.

Bagaimanapun, ramai mengatakan yang komen Ceb lebih kepada dua pemain Russia dalam perlawanan tersebut dan tak sasar kepada seluruh rakyat Russia.

Tapi sebagai pemain profesional, beliau patut berhati-hati dan menahan sabar kerana setiap perbuatan ada akibatnya. Nak mengelak tak bermain pub pun tak boleh kerana dari situlah lahirnya GH, Yapzor atau Topson. Ceb seharusnya terus bermain untuk praktis dan mencari talent-talent yang bagus bagi memenangi TI.

Buat masa sekarang, Valve tidak memberi komen dan sepatutnya mereka hadir dengan satu garis panduan bagi pemain profesiona; apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Disebabkan Dota 2 bukanlah game yang dipantau, garis panduan ini harus ditegakkan untuk lahirkan komuniti lebih sihat pada masa depan kelak dan menjaga integriti pemain profesional.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+