DOTA2: ESL One Los Angeles Ditunda, Lokasi Baru Akan Ditentukan Kemudian

Selepas travel ban dengan Eropah yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan wabak COVID-19 yang kini sudah menjadi pandemik (mengikut Pertubuhan Kesihatan Dunia), kejohanan Major Dota 2, ESL One Los Angeles akhirnya ditunda.

Bagaimanapun, ESL One mengumumkan mereka akan bekerjasama dengan Valve untuk lokasi dan tarikh baru. Berita ini agak menyedihkan bagi warga Los Angeles kerana itu adalah Major pertama dianjurkan di sana.

Dijadualkan pada hujung minggu ini, kejohanan itu mengumpulkan 16 pasukan Dota bertarung rebut AS$1 juta hadiah terkumpul dan mata Dota Pro Circuit (DPC) bagi melayakkan diri ke The International 2020.

Mungkin kali ini lokasi baru di luar Amerika Syarikat kerana travel ban ke atas Eropah.

Mereka juga akan membayar balik tiket yang sudah dibeli oleh peminat.

Sementara itu, Valve masih belum keluarkan kenyataan rasmi. Beberapa pasukan sudah pun berada di US antaranya skuad Geek Fam.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+