DOTA2: Geek Fam Tunjukkan ‘Kekuatan Sebenar’ Asia Tenggara
2019-09-18T08:14:09
By: Hazril Md Nor

DOTA2: Geek Fam Tunjukkan ‘Kekuatan Sebenar’ Asia Tenggara

 

Sebelum ini, organisasi e-sukan ternama negara, Geek Fam mengacah komuniti Dota 2 yang mereka akan mengumumkan nama baru bagi menggantikan posisi Velo, Nothing2say dan Mushi. Hari ini, mereka mendedahkan dua pemain berbakat dan terkenal, Kuku dan Dubu manakala seorang lagi pemain Ryoya kini menyertai organisasi ini bagi menghadapi musim baru Dota Pro Circuit.

Bekas pemain TNC, Kuku bukanlah nama asing dalam industri. Beliau sering membantu skuad Filipina itu dalam perjalanan mendapatkan Aegis of Champions selama tiga tahun berturut-turut. Walaupun tidak pernah mendapat top 4 di kejohanan dunia itu, Kuku sering membuat kejutan sebagai pemain posisi 3.

Selain itu, Dubu dari Fnatic juga tak kurang hebatnya apabila menjadi jurulatih bagi organisasi itu sebelum bergelar pemain di The International 2019. Nasib ‘pulang awal’ mungkin menyebabkan pemain Korea Selatan ini cuba berhijrah ke pasukan lebih baik dan mencuba nasib dengan Geek Fam pula.

Ryoya pula mungkin bukan nama begitu terkenal dan gemar melompat pasukan. Pencapaian terbaiknya adalah bersama Flying Penguins bertarung di Starladder Minor dan memenangi WESG 2018 USA Finals bersama skuad Team Team.

Manakala Raven dan Xepher akan terus mencari keserasian dengan tiga pemain baru ini.

Diharapkan Geek Fam dapat cetuskan kejutan dengan lineup baru ini. Biarpun tiada pemain Malaysia, namun roster yang mewakili Asia Tenggara ini mempunyai resepi yang cukup baik untuk menggegarkan rantau ini dalam menghadapi Dota Pro Circuit tak lama lagi.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Foto: FB / Geek Fam 

TAGS

BERITA BERKAITAN

4 days ago
Sukan SEA 2019: Pemenang Emas Pertama Kita Adalah Seorang Pensyarah Kejuruteraan
5 days ago
PUBG: Battle Arena Elites Mewakili Malaysia Ke Predator League Asia Pacific 2020, Manila
5 days ago
Sukan SEA 2019: Malaysia Akur Gangsa
1 week ago
DOTA2: Nigma Mara Ke WePlay! Bukovel Minor
1 week ago
Sukan SEA 2019: Malaysia Tinggal Selangkah Lagi Rangkul Emas Pertama
1 week ago
PUBG: Ini Adalah Senarai Pasukan Ke Peringkat Nasional Asia Pacific Predator League 2020