DOTA2: Iceiceice tidak lagi bersama Fnatic, cari peluang di rantau lain (bukan Asia Tenggara)

Satu berita yang mendukacitakan melanda komuniti Dota 2 Asia Tenggara baru-baru ini apabila pemain bintang Fnatic, Daryl “IceIceIce” Koh dan pemain baru masuk,  Nico “Eyyou” Barcelon tidak lagi bersama organisasi itu.

Dalam satu ciapan di Twitter, Fnatic mengumumkan perkara itu.

Fnatic nampaknya kehilangan permata penting mereka kerana IceIceIce sebelum ini membantu skuad itu memperoleh kemenangan pertama di peringkat antarabangsa dan mencapai lima kali rekod kemenangan berturut-turut pada awal 2020.

Sebelum ini, mereka turut kehilangan pemain Thailand berbakat, Anucha Jirawong atau Jabz.

Pengumuman IceIceIce yang tak ingin memperbaharui kontrak itu dipercayai kerana beliau ingin bermain secara profesional di rantau lain.

Ini adalah line-up terkini Fnatic:

  • Marc Polo Luis “Raven” Fausto
  • Kam “Moon” Boon Seng
  • Lee “Forev” Sang-don (stand-in)
  • Djardel “DJ” Mampusti
  • Kenny “Xepher” Deo (stand-in)

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+