mengumumkan pasukan baru Dota 2, yang pertama buat mereka selepas MLBB."> mengumumkan pasukan baru Dota 2, yang pertama buat mereka selepas MLBB." /> mengumumkan pasukan baru Dota 2, yang pertama buat mereka selepas MLBB." />

DOTA2: SacRi Menceritakan Kariernya Dalam E-Sukan, Kini Pemain Skuad Todak

Minggu lepas, jenama gaya hidup urban, TODAK mengumumkan pasukan baru Dota 2, yang pertama buat mereka selepas MLBB. 

Di antara pemain-pemain tersebut, terdapat seorang pemain yang dikenali antaranya Muhammad Isyraf Lee Bin Irwan Lee atau SacRi yang pernah menjadi kapten untuk skuad Team Pang5 tak lama dulu.

Ikuti temu bual penulis bersama beliau yang berkongsi kisah comeback dan pengalamannya matlamatnya dalam arena profesional Dota 2.

MyGameOn: Apakah yang membuatkan anda ingin berkecimpung kembali dalam Dota 2? Secara peribadi, kenapa anda rasa Dota masih boleh dijadikan karier memandangkan agak sukar untuk menembus arena antarabangsa tanpa komitmen yang berterusan.

SacRi: Secara peribadi, saya merasakan yang saya telah luangkan banyak masa dalam Dota dan sekiranya saya tidak teruskan, ianya akan menjadi sia-sia.

Saya rasa dalam semua karier, komitmen berterusan harus diberi dan ianya bukan eksklusif bagi Dota 2 sahaja. Jadi, walaupun ianya karier yang sukar, tidak mustahil untuk pasukan tempatan berjaya hingga ke peringkat antarabangsa.

 

MGO: Mungkin bukan hanya cinta terhadap Dota 2 tapi ada faktor lain yang mendorong anda untuk kembali aktif di arena Dota 2?

SacRi: Saya kembali aktif dalam dota kerana saya nampak perjalanan untuk menjadi pemain yang boleh bermain di pentas antarabangsa (TI). Dan bersandarkan Todak, saya pasti mereka mampu untuk menyediakan segala keperluan agar kami dapat berjaya ke tahap antarabangsa.

 

MGO: Dengan pengalaman yang ada, adakah anda rasa sudah mengejar satu target dalam karier atau adakah harapan anda lebih besar (seperti menawan Aegis).

SacRi: Salah satu pencapaian yang ingin saya kejar dalam karier ini adalah untuk mendapatkan tajaan dari syarikat ternama. Hal ini kerana agak sukar untuk sebuah pasukan memberi komitmen sepenuhnya dan bersikap professional sekiranya bermain tanpa tajaan atau separuh masa (kekangan wang, tiada fasiliti dan sebagainya).

Saya percaya, kemasukan saya ke pasukan Todak adalah batu loncatan untuk saya maju ke tahap seterusnya.

 

MGO: Bagaimana mindset pemain perlu dibetulkan untuk menjadikan pasukan itu mantap dan konsisten?

SacRi: Berdasarkan pengalaman saya, mindset yang perlu ada untuk menjadikan sesebuah team kuat adalah kemahiran berkomunikasi secara telus, mempunyai disiplin diri, memahami gaya permainan ahli pasukan yang lain dan memberi kepercayaan yang sepenuhnya kepada tukang draft. Namun, skillset yang paling susah nak dapat adalah komunikasi dan kemahiran individu.

 

MGO: Apakah persepsi anda terhadap Todak yang ingin berada dalam pasaran Dota? Adakah patut lebih banyak organisasi mengikut jejak langkah sama?

SacRi: Bagi saya, TODAK adalah sebuah syarikat yang sudah bertapak dan telah pun menempa nama dalam dunia e-sukan. Jadi, keputusan mereka untuk merekrut pemain veteran dan baru ke pasukan Dota 2 ini adalah sebagai tambahan kepada pencapaian mereka dengan skuad MLBB.

Dan ya, saya rasa organisasi yang lain perlu mengikut jejak langkah TODAK iaitu menubuhkan pasukan e-sukan yang terdiri dari pemain tempatan berbakat.

TAGS

RELATED NEWS

+