Dragon Nest M – SEA Imbau Nostalgia, Sesuai Untuk Peminat Genre MMO
2018-04-23T07:02:51
By: Hazril Md Nor

Dragon Nest M – SEA Imbau Nostalgia, Sesuai Untuk Peminat Genre MMO

 

Kalau dulu genre Massively Multiplayer Online Role-Playing Game (MMORPG) begitu popular di PC, sekarang dah berlainan senarionya. Kebanyakan MMO diportkan ke peranti pintar dan dioptimumkan sebaik mungkin.

Penulis sendiri pernah mencuba permainan mudah alih  Lineage II Mobile tapi game itu dilihat terlalu try hard. Mana taknya, sistem auto-questauto-attack dan ciri yang banyak menyebabkan ramai bermain game itu tapi tak begitu enjoy. Pendek kata, versi di PC diportkan terus ke mobile menyebabkan ia tak dioptimum dengan baik.

Tapi lain pula bagi Dragon Nest M yang kini tiba di pelantar Android dan iOS. Ia dioptimumkan dengan baik untuk peranti pintar. Kalau korang pernah main versi di PC, Dragon Nest M adalah satu kembara nostalgia kepada korang.

Ciri Auto-Quest

Penulis sendiri boleh faham ciri ini sememangnya membosankan bagi kebanyakan pemain. Tapi bagi mereka yang ‘malas’, ia amat sesuai. Fungsi ini membuatkan korang bergerak sendiri termasuklah auto-attack raksasa yang perlu dibunuh untuk menyiapkan tugasan.

Tapi bagi Dragon Nest M, fungsi ini hanya digunakan untuk karakter mencari NPC ataupun pergi lokasi quest yang ditetapkan. Dalam mod perlawanan, ia tak diaktifkan dan ini membuatkan korang lebih enjoy membunuh setiap raksasa menggunakan skil dari mengharapkan kesemuanya automatik.

Jalan Cerita Yang Menarik

Tak seperti game lain yang tidak menyertakan plot yang progresif, Dragon Nest M mengambil berat akan aspek ini. Kalau korang tak suka skip, plotnya boleh dikatakan interesting untuk diikuti dan membuatkan korang lebih faham dunia Dragon Nest dengan lebih mendalam. Ia mempunyai unsur dramatik, nilai kemanusiaan dan karakter yang patut diberi perhatian.

Pemandangan 2.5D + 3D

Pilih antara 3 perspektif kamera untuk perlawanan. Sebagai contoh, pemandangan 2.5 D membolehkan korang saksikan perlawanan yang lebih besar skalanya. 3D pula untuk pemandangan yang sama seperti di PC. Ia lebih dekat dan sesuai untuk pemain yang dah biasa dengan perspektif kamera di PC.

Gunakan Bahasa Korea

Seperti kebanyakan game lain, ia bukanlah localised tapi audio masih menggunakan bahasa Korea yang bagi penulis sangat bagus kerana ia lebih dekat dengan pemain. Dengan itu, terdapat juga sari kata dalam Bahasa Inggeris untuk membantu korang memahami apa yang diperkatakan.

Paling menarik, skil yang digunakan masih sama seperti di PC dengan voice actor yang sama. 

Fungsi Yang Pelbagai

Walaupun ia hanya permainan mudah alih, game ini sebenarnya menyediakan banyak ciri menarik tapi tak terlalu memeningkan pemain. Ada fungsi seperti mountsfairiesdungeons dan macam-macam lagi yang ditemui dalam game asal. Pendek kata, ia bukanlah seperti Lineage II yang mengandungi terlalu banyak informasi. 

Terakhir sekali ialah grafik yang boleh dikatakan cukup menarik walaupun berada di platform telefon pintar.

Nota editor: Boleh dikatakan Dragon Nest M – Sea memenuhi expectation penulis yang dah lama meninggalkan genre MMO. Bagi korang yang nak imbau nostalgia dan pada masa sama having fun, bolehlah cuba!

Android: Klik SINI

iOS: Klik SINI

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Kejohanan Maggi Hot Cup kembali, boleh main Wild Rift dengan Fattahzie dan Biu Biu
2 days ago
Ratchet & Clank: Rift Apart boleh pra-tempah dengan harga bermula RM299
2 days ago
Epic belanja RM47.7 juta untuk permainan video percuma selama sembilan bulan?
2 days ago
‘Balik awal’ di MPL, Alter Ego kini cari penganalisis dan pembantu jurulatih
2 days ago
Kejohanan dunia League of Legends, Worlds 2021 akan diadakan di China
2 days ago
Zizan Razak jadi duta Free Fire Malaysia