Dulu gitaris, sekarang pengulas PUBG Mobile – Emy Tarmizi kongsi pengalaman
2020-09-03T06:29:33
By: Hazril Md Nor

Dulu gitaris, sekarang pengulas PUBG Mobile – Emy Tarmizi kongsi pengalaman

 

“Kalau bukan kerana arwah adik yang sentiasa memberi semangat untuk saya cuba mengulas, tak mungkin saya berada di tahap ini sekarang,” itu kata Muhammad Zulhilmi Tarmizi ataupun lebih selesa dikenali sebagai Aduka.

Emy adalah pengulas e-sukan yang namanya kini sedang meningkat naik menerusi permainan mudah alih PUBG Mobile, COD Mobile, Mobile Legends, VALORANT dan beberapa lagi kejohanan pernah diulasnya.

 

Bermula dari seorang gitaris

Bermain gitar sejak zaman sekolah

Menceritakan awal pembabitan kariernya, arwah adiknya, Syafiq meminati ulasan Tobiwan lalu menyarankan dirinya untuk mencuba bidang pengulasan.

“Sebagai anak sulung dalam keluarga lima beradik, saya terinspirasi dengan sokongan arwah adik yang menggalakkan saya untuk mengulas dalam e-sukan.

“Namun, ketika itu saya sedang menceburi bidang muzik,” katanya.

Bersama EightBand

Kata graduan dalam jurusan muzik dari UiTM Shah Alam ini, dia mula bergiat dalam bidang muzik sejak tingkatan 5 dan pernah menubuhkan band sendiri bersama rakan-rakan.

“Ketika bersama EightBand pada 2013, kami pernah mencipta muzik dan membuat beberapa persembahan.

“Tapi seperti kebanyakan cabaran dihadapi pemuzik, waktu itu genre yang dibawakan tak begitu mendapat permintaan peminat. Jadi pada tahun 2018, kami membawa haluan masing-masing dan dari situ terdetik untuk ke bidang pengulasan,” katanya.

Emy adalah penulis lirik bagi lagu Cinta Hati nyanyian Eightband.

 

‘Berhijrah’ ke PUBG Mobile

 

Emy akui apa yang cuba dilakukan pada dua tahun lalu adalah ibarat satu leap of faith kerana pada ketika itu dia melihat peluang yang ada dalam industri e-sukan di peranti mudah alih.

Ini kerana karier muziknya kurang mendapat perhatian justeru dia memutuskan untuk mencuba sesuatu yang baru.

Bayangkan ketika itu, PUBG Mobile baru saja dilancarkan dan atas saranan rakan baiknya, Syed Muhammad Farich Iqmal atau Kuya, dia mula menceburi bidang pengulasan.

Seperti kebanyakan individu lain, Emy bermula dari bawah dan mengambil tawaran mengulas walaupun bayaran rendah.

“Pada mulanya, ia sekadar suka-suka. Macam yang arwah adik dan rakan baik sarankan, saya cuba mengulas.

“Ketika itu ramai orang nampak kehadiran pengulas baru. Jadi pada waktu itu, saya banyak mengulas untuk perlawanan antara clan,” katanya.

Menurut Emy, bayaran bukanlah yang utama kerana dia lebih mementingkan pendedahan dalam industri.

“Pada waktu itu, saya tak mengulas saja tapi guna kemahiran buat production yang termasuk penghasilan grafik menggunakan perisian Adobe.

“Walaupun kejohanan berskala kecil, ia membolehkan saya bereksperimentasi beberapa kali dan akhirnya menjadi selesa mengulas,” katanya.

 

Tawaran mengulas di acara Tencent

Emy yang kini bersama Malaysia Esports Arena (MEA) mengakui titik perubahan dalam kariernya bermula di PUBG Mobile Campus Championship.

“Selepas terlibat dalam banyak kejohanan PUBG Mobile, akhirnya saya mendapat tawaran mengulas untuk PMCC,” katanya itu adalah satu kejohanan yang agak mencabar kerana ia adalah acara rasmi dari pembangun, Tencent dan juga melibatkan mahasiswa.

Tapi tentunya yang menjadi cabaran utama adalah liga PUBGM iaitu PMPL yang sedang berlangsung sekarang.

“Cabaran utama PMPL adalah untuk kenal pasti pasukan yang mengalami pertukaran pemain. Ini memerlukan pemerhatian dan kajian yang mendalam. Kita masih tak tahu jika mereka boleh main seperti sebelumnya ataupun tidak. Begitu juga dari segi taktikal.

“Walaupun kali ini mengulas bertiga, saya anggap ia satu perkara yang baik sebab kalau ada isu teknikal, pengulas lain boleh tolong bantu sambung ulas.

“Tapi cabaran lainnya adalah bila saya mahu mencelah sebab takut potong percakapan pengulas lain. Tapi lama-lama sudah biasa,” katanya.

Mengulas mengenai rutin sebelum bermula livestream PMPL, kebiasaannya Emy akan mengkaji game yang sudah dimainkan.

“Memang wajib bagi pengulas untuk kaji game yang berlaku pada hari sebelumnya jadi kita tahu apa point nak cakap,” kata Emy.

Emy berkata walaupun ada netizen yang bersikap ‘toksik’ terhadapnya, dia mengakui ada kekurangan dan mengharapkan teguran secara elok adalah lebih memadai.

Dia juga menjadikan Azrul Anwar atau J Hunter sebagai idola kerana kemahirannya untuk menganalisa perlawanan ketika ia sedang berlangsung.

“J Hunter biasanya tahu apa yang terjadi semasa peperangan berlaku. Dari segi jarak sasaran tembakan dan sebagainya. Dia memang mahir dan saya banyak kali terinspirasi dengannya,” katanya.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
MPLI: Alter Ego akan bertemu RRQ Hoshi pada suku akhir, El Clasico sekali lagi!
2 days ago
PMGC: Pasukan BTR garang, raih WWCD 2 kali
3 days ago
PMGC: Team Secret berjaya raih WWCD di peta Miramar
3 days ago
PMGC: Pasukan 4am mengganas di peta Erangel
4 days ago
PlayStation 5 merekodkan pelancaran terbesar dalam sejarah PlayStation, kata Sony
4 days ago
Wild Rift: Butiran mengenai Pentaboom Showdown Asia Tenggara didedahkan