Ejen baharu VALORANT Killjoy akan tiba pada minggu depan

Riot Games telah mendedahkan ejen baharu VALORANT Killjoy secara rasmi melalui sebuah trailer yang dimuat naik di laman YouTube rasmi mereka baru-baru ini.

Killjoy merupakan seorang ejen yang berasal dari Jerman dan kemahiran-kemahiran beliau menonjolkan kebolehan sebagai seorang pencipta gajet yang hebat.

Nampaknya beliau akan diperkenalkan pada musim VALORANT yang seterusnya iaitu Act II yang dijangka akan dilancarkan sekitar 4 Ogos ini. Riot Games sudah mengumumkan bahawa Act II akan mempunyai beberapa perubahan dari segi mod permainan Ranked.

VALORANT kini boleh dimain di PC secara percuma dan boleh dimuat turun melalui laman web rasminya di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+