Elden Ring: Sebuah Game Oleh Pencipta Dark Souls & Game of Thrones Diumumkan!

Khabar angin sepoi-sepoi tersebar sebenarnya betul! 

Elden Ring adalah sebuah role-playing game (RPG) aksi fantasi berlandaskan dunia yang dicipta oleh Hidetaka Miyazaki yang terkenal dengan siri Dark Souls bersama-sama George R.R. Martin iaitu penulis siri novel A Song of Ice and Fire yang telah diadaptasi menjadi siri TV popular, Game of Thrones.

Saksikan trailer pertama Elden Ring yang ditonjolkan semasa persidangan Microsoft (Xbox) di E3 2019 di bawah:

 

Meskipun ia cuma pengenalan tanpa mengetahui apa cerita sebenar dalam game terbaru ini, nampak gayanya game ini masih lagi mengekalkan atmosfera Dark Souls dan lebih-lebih lagi, dilengkapi dengan penulisan fantasi epik seperti korang pernah saksikan dalam Game of Thrones. Ini juga merupakan game terbesar pernah dibangunkan oleh FromSoftware Inc.

Setakat ini, tiada tarikh pelancaran rasmi diumumkan bagi Elden Ring.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+