Epic belanja RM47.7 juta untuk permainan video percuma selama sembilan bulan?

Amerika Syarikat: Simon Carless, Pengasas GameDiscoverCo baru-baru ini mengumumkan Epic membelanjakan sebanyak AS$11 juta (RM45 juta) untuk Epic Games Store dengan mengedarkan permainan video percuma kepada mana-mana orang untuk ditebus.

Maklumat ini dimaklumkan bukan untuk dilihat oleh semua orang tetapi telah tertiris lebih awal. Dokumen tertiris ini sebenarnya akan digunakan oleh Epic untuk sesi kes mahkamah Apple lawan Epic.

Menurut dokumen di atas jumlah perbelanjaan sebesar itu adalah di antara Disember 2018 dan September 2019.

Contoh-contoh permainan video yang dibayar oleh Epic kepada pemaju permainan video:

  • Annapurna’s What Stays of Edith Finch dengan AS$125,000 (RM500,000)
  • Playdead’s Limbo mendapat AS$350,000 (RM1.4 juta)  daripada Epic
  • Inside mendapat AS$800,000 (RM 3.2 juta)
  • Alan Wake, AS$150,000 (RM600,000)
  • Batman: Arkham trilogy, AS$1.5 Million (RM6 juta), paling tinggi setakat ini
  • Subnautica, AS$1.4 Million (RM5.6 juta)
  • Metro 2033 Redux – percuma untuk EPIC GAMES STORE

Epic ternyata banyak berbelanja untuk menarik perhatian peminat permainan video untuk menggunakan Epic Games Store semasa awal-awal pelancaran platform itu.

Semua perbelanjaan dan jumlah akaun baru yang dibuat untuk mendapatkan permainan video percuma ternyata memberi impak yang minimal. Hanya 7 peratus pengguna Epic Games Store yang memdapat permainan video percuma membuat pembelian melalui Epic Games Store. Nombor ini sebenarnya kurang menguntungkan untuk Epic.

Pada April lalu Tim Sweeney, CEO Epic mengatakan bahawa Epic Games Store masih belum menguntungkan sebaliknya cuma membakar duit dengan pemberian permainan video percuma.  Tim Sweeney menjangkakan Epic Games Store akan mula mendapat keuntungan pada tahun 2027.

Mungkin hanya memberi permainan video percuma bukan caranya untuk mendapat keuntungan.

Rujukan: Twitter, NME Gaming News

RELATED NEWS

+