Epic Games membeli Tonic Games Group, syarikat induk pembangun Fall Guys

Epic Games telah mengumumkan pembelian syarikat Tonic Games Group yang merupakan pemilik studio-studio pembangunan permainan video Mediatonic, Irregular Corporation, dan Fortitude Games.

Seperti yang diketahui oleh ramai pemain, Mediatonic merupakan pembangun Fall Guys: Ultimate Knockout. Irregular Corporation pula merupakan pembangun beberapa permainan popular termasuk PC Building Simulator.

Kedua-dua pihak mengesahkan perkara ini tidak akan mengubah ciri-ciri permainan-permainan tersedia. Fall Guys tetap boleh dimain melalui Steam dan versi Nintendo Switch dan Xbox One tetap akan dilancarkan pada masa depan.

Mediatonic menyatakan mereka mahu menggunakan peluang ini untuk membawakan ciri-ciri yang tersedia dalam Fornite dan Rocket League seperti permainan rentas platform, sistem akaun, dan mod skuad ke Fall Guys.

Sumber: Epic Games

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+