‘eSports Tak Halang Pelajar Capai Impian’ – Ammar, Lecturer

Pertama kali mendengar gamer yang mempunyai pekerjaan tetap sebagai pendidik, semestinya ia satu perkara baru buat penulis. Menariknya, Muhammad Ammar Hisyam bukan saja seorang pensyarah di Asia Pacific University (APU) tapi dia turut bergelar sebagai pemain profesional dalam permainan Garena Arena of Valor.

Jom kita dengar apa pendapat Muhammad Ammar tentang remaja terutamanya pelajar sekolah menengah yang ingin ceburi bidang eSports. Untuk korang yang nak tahu bagaimana eSports mengubah kehidupan seorang pelajar, klik sini.

Muhammad Ammar Hisyam bin Mohd Anuar (M8 Paranoia Lequier)

Apa pendapat anda mengenai trend pelajar sekolah menengah membabitkan diri dalam industri eSports?

Daripada perspektif seorang pensyarah, sangat disarankan untuk para pelajar meneroka peluang dalam eSports. Ini kerana ia cabang karier baru dan mungkin mempunyai prospek pekerjaan pada masa depan. Tapi ia seharusnya dilaksanakan dengan cara yang betul seiring dengan kewajipan mereka sebagai pelajar sekolah.

Bagaimana anda melihat prestasi Shahrizal dalam pasukan?

Dia sangat perform. Untuk individu seusia itu, dia dah bermain di peringkat nasional dan mengembangkan bakatnya. Saya percaya dia mempunyai potensi besar dengan latihan berterusan.

Adakah anda rasa gaming pada usia muda boleh memantapkan lagi kemahiran individu berbanding mula serius pada usia 20-an?

Saya percaya jika mereka mula dari awal, peluang mereka lebih cerah. Ia bergantung kepada disiplin, bakat dan cara pemain itu berdepan dengan cabaran dalam eSports.

Pada pendapat anda, adakah industri Mobile Moba akan dibanjiri oleh pemain muda kerana faktor mudah diakses dan trend remaja yang gemar menghabiskan masa di peranti pintar?

Susah nak cakap, Bagi saya, remaja perlu belajar, meneroka dan socialize sebanyak mungkin sebelum membuat keputusan untuk meneruskan karier dalam eSports sepenuhnya. Pada usia muda, mereka mudah hilang minat dan boleh terpengaruh dengan emosi. Sebagai contoh, kekalahan di kejohanan berprestij yang pertama mampu membuatkan mereka kurang yakin dengan diri sendiri. Jadi saya tak percaya ia akan berlaku buat masa ni.

Jika mereka berjaya mengatasi masalah ini dan fokus pada masa depan, peluang mereka tiada batas. Mereka boleh melangkah lebih jauh.

RELATED NEWS

+