Fall Guys Season 2 telah tiba!

Setelah menjadi fenomena terbaru dalam dunia permainan video, Fall Guys: Ultimate Knockout kini telah dikemaskini dengan kandungan baharu Season 2. Ia boleh diakses secara percuma oleh semua pemilik permainan tersebut tidak mengira platform.

Season 2 menonjolkan tema Zaman Pertengahan atau Medieval dengan kostum-kostum baharu seperti Dwarves, Vikings, Paladins, dan banyak lagi. Peta-peta baharu juga menggunakan ciri-ciri medieval seperti istana dan jambatan kayu.

Terdapat beberapa Rounds baharu yang agak menarik (dan lebih mencabar) seperti Knight Fever, Wall Guys, Egg Siege, dan Hoopsie Legends. Satu lagi penambahan baharu ialah para pemain kini boleh memilih untuk bermain dalam jenis-jenis Rounds tertentu menggunakan Show Selector.

Show Selector membenarkan pemain untuk memilih sama ada untuk bermain Rounds perlumbaan sahaja atau Survival Rounds. Sesuai untuk anda yang ingin mengelak Rounds yang anda tidak suka!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Fall Guys Season 2, anda boleh melayari laman web rasminya di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+