Sonic the Hedgehog. Menurut Variety, mereka kini telah mula bersedia untuk menghasilkan sekuel kepada filem tersebut."> Sonic the Hedgehog. Menurut Variety, mereka kini telah mula bersedia untuk menghasilkan sekuel kepada filem tersebut." /> Sonic the Hedgehog. Menurut Variety, mereka kini telah mula bersedia untuk menghasilkan sekuel kepada filem tersebut." />

Filem Sonic the Hedgehog akan menerima sebuah sekuel

Pada bulan Februari tahun ini, Sega dengan kerjasama Paramount Pictures telah melancarkan filem Sonic the Hedgehog. Menurut Variety, mereka kini telah mula bersedia untuk menghasilkan sekuel kepada filem tersebut.

Pembikinan sekuel Sonic the Hedgehog masih berada pada tahap awal, oleh itu pemilihan pelakon dan tarikh penggambaran masih belum ditetapkan. Jeff Fowler akan kembali sebagai pengarah untuk sekuel ini bersama dua penulis filem pertama iaitu Pat Casey dan Josh Miller.

Keputusan Sega untuk menghasilkan sebuah sekuel tidak menjadi sebuah kejutan kerana Sonic the Hedgehog merupakan antara filem berdasarkan permainan video yang paling berjaya dari segi penjualan tiket panggung wayang.

Filem tersebut kini memegang takhta sebagai filem permainan video yang mengaut untung tertinggi semasa hujung minggu pertama pelancarannya.

Sumber: Variety

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+