Filem Uncharted Ditunda Tayangan Kerana COVID-19

Filem Uncharted dikatakan sudah memulakan penggambaran beberapa minggu lalu tapi disebabkan penularan wabak COVID-19, nampaknya akan berlaku sedikit masalah.

Dari laporan Comicbook mengatakan Sony Pictures menunda tarikh pelancaran filem ini dari 5 Mac 2021 ke 8 Oktober 2021. Bukan itu saja, Sony juga menunda beberapa filem lain seperti Morbius, Ghostbusters: Afterlife dan Venom 2.

Sebelum ini, Sony berharap untuk memulakan proses penggambaran secepat mungkin awal tahun ini sebelum Tom Holland sibuk dengan filem Spider-Man seterusnya. Disebabkan COVID-19 juga, penggambaran filem tersebut di Atlanta, New York, Los Angeles dan Iceland mungkin akan dipertimbangkan semula. Ini kerana virus ini menular dengan cepat di Amerika Syarikat.

Dalam filem Uncharted, Holland akan melakonkan watak Nathan Drake muda bersama Mark Wahlberg. Ia lebih kepada penceritaan asal karakter (origin story).

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+