Filem Uncharted Lakonan Tom Holland Banyak Diinspirasikan Dari Uncharted 4

Nampaknya filem terbaru Uncharted mendapat inspirasi daripada Uncharted 4: A Thief’s End.

Tom Holland bercakap kepada IGN, mengatakan Uncharted 4 adalah salah satu permainan video kegemarannya dan akan jadi sumber rujukan untuk filem ini nanti yang akan memulakan penggambaran dalam empat minggu akan datang.

“Jujur saya cakap, salah satu permainan video yang saya suka ialah Uncharted keempat.. memang luar biasa. Banyak inspirasi dalam filem ini juga datang dari permainan ini,” 

Holland juga berkata yang Chairman Sony Pictures, Tom Rothman ingin dia melakonkan watak Nathan Drake selepas mendapati dirinya baru saja menamatkan permainan Uncharted. 

Dalam filem ini, Tom Holland akan melakonkan watak Nathan Drake yang masih muda dan semestinya akan memberi kejutan kepada penonton. Filem ini juga menampilkan banyak lokasi di seluruh dunia.

Filem Uncharted akan ditayangkan pada 5 Mac, 2021.

Sumber: IGN

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+