Final Fantasy VII Remake salah satu permainan percuma PS Plus Mac 2021

Bulan Mac kini telah tiba dan Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan permainan-permainan percuma PlayStation Plus (PS+) yang boleh ditebus pada bulan ini. Empat permainan percuma PS+ Mac 2021 adalah Final Fantasy VII Remake, Farpoint, Knack 2, dan Maquette.

Semua permainan yang disenaraikan boleh ditebus oleh pelanggan PS+ bermula dari 2 Mac hingga 5 April tahun ini. Maquette hanya boleh ditebus oleh pemilik konsol PlayStation 5 (PS5) manakala tiga permainan lain boleh ditebus oleh pemilik PS5 dan PlayStation 4 (PS4).

Terdapat satu syarat penting tentang Final Fantasy VII Remake yang patut diberi perhatian. Pemilik PS4 yang tebus permainan ini tidak akan menerima kemaskini percuma ke versi PS5 iaitu Final Fantasy VII Remake Intergrade. Perkara tersebut hanya tersedia untuk pembeli permainan tersebut.

Hari ini merupakan hari terakhir untuk menebus permainan percuma PS+ Februari 2021 iaitu Destruction AllStars (PS5), Control: Ultimate Edition (PS5), Bloodstained: Ritual of the Night, Biped, dan Conrete Genie. Pastikan anda tidak terlepas peluang menebus semua permainan ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+