Fire Dragoon LOL Antara Pencabar Paling Hebat Dalam Kejohanan LCM 2018
2018-03-01T07:15:32
By: Hazril Md Nor

Fire Dragoon LOL Antara Pencabar Paling Hebat Dalam Kejohanan LCM 2018

 

League of Legends Championship Malaysia (LCM) berlangsung dengan begitu meriah sekali. Kalau lihat dekat CARTA ni, Fire Dragoon LOL berada dalam kedudukan selesa dengan rekod tiada kalah. Apa rahsia mereka? Pengurus, Matthew Chan berkongsi dengan penulis.

1) FDG kekalkan prestasi sejak minggu pertama. Bagi anda, apa faktor yang menyumbang kepada hal ini?

FDG LOL memenangi Legion of Champions. FOTO: FDG LOL

Saya rasa agak keterlaluan kalau nak kata kami pamerkan prestasi terbaik sejak hari pertama. Walaupun kami menang kesemua game, ada banyak kekurangan dan masih perlu diperbaiki lagi. Saya juga yakin dengan kemenangan kami disebabkan komited dan kesungguhan mereka (pemain). Mereka grind 6 hari seminggu selama 10 jam dan meletakkan komitmen yang besar untuk siri ini.


2) Apakah perubahan yang dibawakan oleh jurulatih baru Jordan Corby?

JORDAN (kanan) dan Crowe memainkan peranan penting bagi memastikan FDG LOL terus cemerlang. FOTO: FDG LOL

Jordan memainkan peranan penting kerana pengalamannya dalam industri dan ternyata, dia tak kisah berkongsi kepada semua. Tambahan, dia juga membawa pengalaman coaching dari rantau lain jadi beliau tahu cara terbaik untuk melatih pemain ini.

Crowe pula ibarat seorang ‘bapa’ dalam pasukan dan tahu macam mana nak buat semua orang happy dan tak terlalu serius. Pengalamannya dalam KLH sebagai jurulatih juga banyak membantu kami melakar strategi berkesan.


3) Adakah anda rasa pemain mempunyai keserasian sejak bermain bersama untuk siri LCM ini?

FDG LOL ketika dalam perlawanan. FOTO: FDG LOL

Sejujurnya, mereka belum lagi serasi bersama kerana ada salah faham dalam perlawanan. Skuad ini masih baru dan dah tentu banyak lagi aspek boleh diperbaiki dari segi komunikasi.


4) Pasukan mana yang paling kuat sekali untuk ditentang?

KLH dan Geek Fam kerana mereka adalah skuad League of Legends sepenuh masa jadi dah tentunya kedua-duanya adalah yang paling kuat untuk dicabar.


5) Apakah pendapat anda mengenai patch kali ini?

Saya rasa patch sekarang lebih sesuai dengan playstyle mereka kerana jurulatih kami dah siap menganalisa dan mempercepatkan proses pembelajaran pemain untuk memahami apa yang bagus dan tidak dalam patch ini. Kalau patch baru keluar, semua orang akan berusaha untuk belajar dan cuba strategi baru.


6) Harapan anda untuk kejohanan ini?

Kami nak menang! Ini adalah mindset kami sejak dulu. Kami akan hadapi setiap perlawanan dengan penuh keyakinan dan cuba yang terbaik untuk memenanginya!

Peringkat kelayakan League of Legends Championship Malaysia (LCM) berlangsung selama 5 minggu dan pasukan terhebat LOL bertanding merebut hadiah wang tunai terkumpul RM143,000.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Isu Vokey: “Jangan keterlaluan sampai melibatkan keluarga,” – Aiman Wafiy
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX layak ke SEA Final
3 days ago
EVOS Legends mempunyai hero pool yang kecil? Ini jawapan Taxstump – Penganalisa EVOS Legends
4 days ago
Apa yang jadi Alter Ego? EVOS Legends kini di kedudukan pertama
4 days ago
PMPL: Yoodo Gank bukan lagi tempat pertama, slot SEA akan jadi milik pasukan lain
4 days ago
Dota 2: MidOne berjaya ke DPC musim kedua bersama Team SMG