DOTA 2: Fnatic Layak Ke Dua Kejohanan Disember Ini – Abed Pamer Prestasi Luar Biasa!

Sejak beberapa bulan lalu, Team Fnatic menempuh sedikit kerisauan apabila gagal melepasi mana-mana pusingan kelayakan disertai. Bagaimanapun, mereka bernasib baik kerana dapat menggantikan tempat HappyFeet yang gagal mendapatkan VISA untuk menyertai ESL One Hamburg Major.

Di DotaPit Minor, mereka mewakili rantau Asia Tenggara, menggantikan Mineski. Walaupun peminat menjangkakan prestasi lebih baik ketika di LAN event, Fnatic masih kecundang di kedua-dua acara dan memperoleh kedudukan tercorot.

Empat hari selepas berakhirnya Dota Pit, Fnatic kembali kepada drawing board, memutuskan untuk menukar midlaner mereka ketika itu iaitu Steve ‘Xcalibur’ Ye dan membawa masuk Abed ‘Abed’ Yusop ke dalam roster dan Adam ‘343’ Shah sebagai jurulatih.

Bermula 9 November hingga 12 November, perubahan mula jelas kelihatan apabila Fnatic berjaya menempah slot ke Minor pertama mereka di kejohanan Dota Summit 8 selepas kemenangan ke atas Mineski, 3-2.

Fnatic kemudiannya mempamerkan prestasi konsisten sepanjang pusingan kelayakan DreamLeague Season 8, bertembung dengan pasukan terulung Asia Tenggara seperti Mineski dan TNC. 

Penulis percaya beberapa peminat pasti terkejut selepas menyaksikan Fnatic tapau TNC 2-0 di perlawanan pembukaan. Nyata, kemasukan Abed memberi impak besar ke atas prestasi pasukan ini. Mereka juga mengalahkan Mineski 2 – 1 dan sekali lagi menumbangkan gergasi Asia Tenggara TNC dengan markah 2 – 1 di pusingan akhir.

Abed menyinar dengan hero seperti Queen of Pain, Tinker dan Storm Spirit. Saksikan bagaimana jejaka Filipina ini merampas Aegis!

Saksikan juga video recap bagi perlawanan DreamLeague Season 8 SEA Qualifier di sini.

Berikut adalah pembahagian prize pool dan mata Dota Pro Circuit (DCP) bagi kejohanan DreamLeague Season 8:

Tempat pertama: AS$500,000 + 750 DCP
Tempat kedua: AS$200,000 + 450 DCP
Tempat ketiga: AS$100,000 + 225 DCP
Tempat keempat: AS$70,000 +75 DCP
Tempat kelima/keenam: AS$45,000
Tempat ketujuh/kelapan: AS$20,000

Kejohanan Major ini akan diadakan pada 1 Disember hingga 3 Disember bertempat di Jönköping, Sweden. Ia adalah sebahagian dari acara DreamHack Winter 2017, festival terkenal eSports di negara itu.

RELATED NEWS

+