For Honor Boleh Didapatkan Secara Percuma Di Steam Sekarang!

Bukan tiap-tiap hari game developers bermurah hati nak beri game percuma ini. Korang boleh dapatkan For Honor: Starter Edition bermula pada hari ini sehingga 27 Ogos. Ini bukan tawaran percuma buat sementara waktu sehingga hujung minggu sahaja. Bahkan, korang boleh simpan game ini dalam library Steam buat selama-lamanya!

For Honor merupakan sebuah game online multiplayer dibangunkan oleh Ubisoft yang menggabungkan elemen perlawanan antara satu sama lain. Dalam game ini, pemain menggunakan karakter seperti samurai, askar, pejuang atau viking diinspirasikan dari zaman pra-sejarah dahulu kala dalam perspektif kamera third-person.

Jika korang pening dengan pelbagai versi For Honor, jangan risau. For Honor: Starter Edition adalah sebuah game lengkap dengan mod single-player dan akses untuk semua map multiplayer. Cuma perbezaannya adalah Starter Edition berikan tiga hero sahaja. Kalau korang nak unlock hero lain, korang kena rajin bermain dan grinding untuk dapatkan semua hero.

Tawaran percuma For Honor: Starter Edition terhad bermula dari sekarang sebelum tamat pada 27 Ogos. Korang hanya perlu pergi ke Steam dan klik butang ‘Install Game’ untuk main game penuh secara percuma!

RELATED NEWS

+