Fortnite Mengaut Keuntungan Luar Biasa – USD2.4 Bilion Sepanjang 2018, Mengalahkan Semua Game Percuma Lain

Fortnite kembali untuk memecah rekod dan kali ini ia sangat luar biasa!

Laporan baru dari SuperData mendapati permainan Battle Royale ini adalah yang paling tinggi keuntungan bagi kategori free-to-play game di seluruh dunia pada 2018.

Secara keseluruhan, Fortnite mengaut keuntungan USD2.4 bilion sepanjang 2018, mengikut SuperData.

Status Fortnite sebagai popular culture kini meraih perthatian Netflix yang menganggap permainan itu adalah persaingan yang lebih hebat berbanding HBO, Disney dan juga Amazon. Pada November, Fortnite mengumpulkan 200 juta pengguna, 60% lebih tinggi dari 125 juta pengguna pada bulan Jun. 

Mengikut peratusan rekod keuntungan, ia datang dari pembelian in-app iaitu skin terbaru, tarian dan aksesori untuk avatar pemain. Yang paling mahal sekali berharga sekitar USD130. 34% dari pemain di Amerika Syarikat pula membeli ‘battle pass’ yang memberi ganjaran kepada pemain seperti cabaran eksklusif.

Sumber: DailyMail

RELATED NEWS

+