Francais Sniper Ghost Warrior cecah jualan 11 juta unit

Syarikat penerbitan permainan video CI Games telah mengumumkan bahawa francais Sniper Ghost Warrior kini telah mencapai 11 juta unit penjualan.

“Francais ini sangat penting bagi kami,” kata Marek Tyminski, Ketua Pegawai Eksekutif CI Games. “Kami memperoleh banyak pengajaran dari Sniper Ghost Warrior 3 dan berjaya melancarkan Sniper Ghost Warrior Contracts yang kini telah mencecah satu juta unit penjualan.”

Judul seterusnya dalam siri Sniper Ghost Warrior iaitu Sniper Ghost Warrior Contracts 2 dirancang untuk dilancarkan pada suku pertama tahun ini. Ia akan dilancarkan untuk PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Dalam kenyataan yang sama, CI Games juga mengumumkan logo untuk Lords of the Fallen 2.

Sumber: CI Games

RELATED NEWS

+