Fungsi Menukar Nama PSN Bakal Datang Bagi Pengguna PS4

Lepas ini, korang tak perlu segan silu untuk berkongsi nama PSN dengan orang lain.  Setelah sekian lama, pilihan untuk menukar nama xXxSpartanBadKratozxXx mungkin jadi kenyataan.

Sejak PlayStation Network (PSN) dilancarkan pada tahun 2006, ramai pemilik akaun PSN meluahkan hasrat kepada Sony dan PlayStation Network untuk diberi pilihan menukar nama PSN mereka yang agak memalukan.

Kotaku melaporkan Sony bersiap sedia untuk melaksanakan penukaran nama PSN dalam update firmware PS4 6.0.

Dalam update baru akan datang, profil PSN korang akan mempunyai pilihan “edit username” dan sumber terdekat kepada Sony sedang mengemaskini dan menguji bug sebelum dilancarkan.

Menurut laporan sama, Kotaku juga menerangkan pelaksanaan pertukaran nama PSN hanya tersedia untuk game multiplayer baru dan pihak Sony berdepan dengan banyak isu jika pertukaran nama PSN dilaksanakan untuk game multiplayer lama.

Bos Sony, Shawn Layden pernah mengacah tentang perkara yang sudah lama diminta oleh pengguna PS4 & PS3 ketika berada di PlayStation Experience 2017. Sama seperti cross-play, beliau menjawab pertukaran nama PSN adalah tidaklah semudah yang disangka dengan hanya meletak butang “edit” di profil PSN.

Sumber: VG247

RELATED NEWS

+