Android."> Android." /> Android." />

G.I. Joe: War On Cobra Adalah Permainan Seakan Clash Of Clans

D3 GO! mengumumkan permainan mudah alih baharu iaitu G.I. Joe: War On Cobra dan ia akan rasmi dilancarkan pada 20 Januari ini di Android.

Melihat kepada gameplay dari video yang ditayangkan di bawah, game ini mempunyai corak permainan seakan Clash of Clans yang mana anda boleh menghantar sepasukan askar perang dan mempertahankan kubu dengan membina dan menaik taraf menara pertahanan.

Anda juga boleh memilih pihak bekerjasama dengan G.I. Joe Heroes ataupun Cobra Villains. Selain itu, pemain juga boleh mengumpul hero, watak jahat, askar dan kenderaan untuk menyiapkan misi bagi mendapatkan sumber tambahan dan ganjaran istimewa.

Game ini pastinya akan menggunakan in-app purchases untuk mempercepatkan proses anda dalam permainan tapi bukanlah sampai ke tahap pay2win.

Walaupun hampir sama seperti permainan mudah alih berkonsepkan strategi lain, peminat G.I. Joe pasti akan mencuba permainan ini. Lagipun, boleh pilih untuk berada di pihak mana, jadi ia satu kelainan untuk pemain.

Ia sudah pun boleh dimainkan di iOS tapi tidak lagi hadir ke Malaysia (akan lancar pada 20 Januari juga).

(Sumber: Android Police)

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+