Game Buatan Malaysia No Straight Roads Akan Tiba Pada 30 Jun 2020

Salah satu permainan video buatan Malaysia yang paling dinanti-nantikan tahun ini ialah No Straight Roads. Ia sedang dibangunkan oleh Metronomik, sebuah studio yang ditubuhkan oleh Wan Hazmer (Final Fantasy XV) dan Daim Dziauddin (Street Fighter V).

Baru-baru ini, studio tersebut telah mengumumkan bahawa No Straight Roads akan dilancarkan pada 30 Jun 2020 untuk PC dan PlayStation 4 (PS4). Ia sudah boleh dipra-tempah untuk PC melalui Epic Games Store. pada harga AS$18.99 (RM83).

Edisi Pengumpul No Straight Roads juga akan dijual dan ia mengandungi beberapa barangan istimewa seperti:

  • Cakera vinyl LP yang mengandungi lagu-lagu daripada soundtrack rasmi No Straight Roads
  • Buku seni “The Art of NSR” (64 muka surat)
  • Sepasang kayu dram rasmi NSR
  • Kotak luaran yang funky

Edisi Pengumpul ini akan dijual di beberapa kedai terpilih tetapi pada waktu ini, belum ada kedai permainan video di Malaysia yang memasarkannya.

No Straight Roads merupakan sebuah permainan video aksi yang bertemakan muzik. Anda akan bermain sebagai dua orang watak iaitu Mayday dan Zuke. Misi mereka adalah untuk membebaskan Vinyl City daripada genggaman empayar EDM dengan menggunakan kuasa muzik, terutamanya rock.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi laman web rasmi Metronomik.

Sumber: Akaun Twitter No Straight Roads

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+