Game Developers Conference 2020 Ditunda
2020-02-29T06:18:10
By: Burhanudin Zamri

Game Developers Conference 2020 Ditunda

 

Baru-baru ini, Microsoft dan Epic games pula mengumumkan mereka tidak akan hadir ke Game Developers Conference (GDC) 2020 yang sepatutnya berlangsung dari 16 Mac sehingga 20 Mac 2020 di San Franciso, California.

Pada pagi ini, pihak GDC sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menangguhkan acara tersebut. Kenyataan ini tidak menerangkan sebab di sebalik penangguhan ini tetapi penulis yakin ia berkaitan dengan penyebaran wabak COVID-19.

GDC ialah sebuah acara tahunan di mana pembangun permainan video dari seluruh dunia berjumpa untuk berkongsi idea dan juga mempromosikan karya terbaru.

Sebelum ini, syarikat dan pembagun permainan video lain seperti Electronic Arts (EA), Kojima Productions, dan Sony telahpun menarik diri dari GDC 2020 kerana tidak mahu pekerja mereka berdepan risiko COVID-19.

Pada waktu ini, pihak GDC merancang untuk mengadakan GDC 2020 pada sekitar musim panas (hujung Jun sehingga hujung September) tahun ini.

GDC juga merancang untuk muat naik sebanyak mungkin pembentangan, ceramah, dan forum yang sepatutnya berlaku di GDC 2020 supaya boleh ditonton secara dalam talian (percuma). Acara Game Developers Choice Awards dirancang untuk disiarkan melalui Twitch pada tarikh asal GDC 2020.

Sumber: GDC

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Pelancaran musim baharu Call of Duty: Mobile dan Modern Warfare ditangguh
1 day ago
A Total War Saga: Troy akan dilancarkan pada 13 Ogos 2020, percuma dalam tempoh 24 jam pertama
2 days ago
Future Games Show 2020 akan berlangsung pada 7 Jun 2020
2 days ago
Pembentangan PS5: The Future of Gaming ditangguh
3 days ago
Permainan Baldur’s Gate 3 akan dipertunjukkan bermula dari 6 Jun 2020
3 days ago
Demo percuma Summer in Mara kini boleh dimain di PC