Humble Store hari ini dan klik butang “Free!”."> Humble Store hari ini dan klik butang “Free!”." /> Humble Store hari ini dan klik butang “Free!”." />

Game Free Lagi – Download Company Of Heroes 2 Sekarang!

Okay korang, nak game Company of Heroes 2 secara percuma? Mesti lah nak kan. Caranya mudah saja, buka browser korang dan layari laman web Humble Store hari ini dan klik butang “Free!”.

Jadi apa yang bestnya Company of Heroes 2 ni? Ia adalah game Real Time Strategy (RTS) World War 2 yang dibangunkan oleh Relic dan dikeluarkan pada 2013. Walaupun dah lama, tapi masih ada pengikut untuk game ini. SteamCharts mencatatkan angka 9100 pemain hari ini.

Taklah teruk sangat untuk game yang sudah 4 tahun dalam pasaran. Tapi melihat kepada tema Perang Dunia kedua dan elemen kemanusiaan di dalamnya, maka tak hairanlah masih ramai yang nak main game ini.

Korang kena cepat sebab hanya tinggal kurang daripada 2 hari untuk tawaran hebat ni.

 

RELATED NEWS

+