Game Kimetsu No Yaiba Untuk PS4 Diumumkan

Salah satu siri anime yang paling popular pada tahun lepas ialah Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba. Ia menceritakan tentang seorang lelaki yang menjadi pemburu raksasa untuk menyelamatkan adiknya yang dijangkiti darah raksasa.

Aniplex, penerbit anime Kimetsu no Yaiba, telah mengumumkan permainan video baharu yang diadaptasi daripada siri anime tersebut yang bertajuk Kimetsu no Yaiba: Hinokami Keppuutan.

Permainan video tersebut akan dilancarkan hanya untuk PlayStation 4 (PS4) dan dijadualkan untuk pelancaran pada tahun 2021. Menurut sumber, genre permainan video ini adalah “demon-slaying battle action”.

Seperti biasa, permainan video ini disahkan untuk pelancaran di Jepun sahaja. Penulis berharap ia juga akan dilancarkan di seluruh dunia dengan sarikata Bahasa Inggeris.

Sumber: Gematsu

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+