Setelah lama menyepi, akhirnya ada berita baru tentang game Avengers baru dahulu dikenali sebagai The Avengers Project dan kini dipanggil sebagai Marvel’s Avengers.
Melalui Twitter, lebih banyak perkara baru Marvel’s Avengers akan didedahkan semasa persidangan Square Enix di E3 2019 pada 11 Jun pukul 9 pagi (waktu tempatan).
Tune into Square Enix Live E3 2019 for the worldwide reveal of Marvel’s Avengers.
🗓️ The event – complete with closed captions – begins June 10 at 6PM PT: https://t.co/KNimbY3Ze7 #SquareEnixE3 #Reassemble pic.twitter.com/zYibKtcPS1
— Marvel’s Avengers (@PlayAvengers) May 29, 2019
Sebelum ini, The Avengers Project diumumkan pada Januari 2017 dan dibangunkan oleh Crystal Dynamics (Tomb Raider) dan Eidos Montreal (Deus Ex) dengan kerjasama Marvel serta diterbitkan oleh Square Enix.
Pendedahan pertamapada 2017 merupakan sebuah trailer acah yang memberikan sedikit latar belakang tentang jalan cerita untuk game Avengers ini.
Square Enix berkata dalam satu kenyataan melalui Gamespot, “Projek The Avengers direka khas untuk pemain dan game ini penuh dengan karakter dan momen-momen ikonik yang pasti disukai oleh peminat francais ini. Game ini bakal mempunyai jalan cerita asli yang akan memperkenalkan satu universe pada masa akan datang.”
Ini menunjukkan Marvel’s Avengers mungkin tiada bersangkut paut dengan keempat-empat filem Avengers dan ada universe yang tersendiri berbanding Marvel Cinematic Universe (MCU).
Dengan filem Avengers: Endgame yang menutup tirai fasa ketiga MCU, korang rasa apa pula pasukan Avengers perlu berhadapan dalam game ini? Sama-sama kita nantikan pengumuman Marvel’s Avengers pada E3 2019.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.