Call of Duty: WWII dan Star Wars Battlefront II. Untuk bulan Julai pula, Sony Interactive Entertainment (SIE) menawarkan tiga judul percuma!"> Call of Duty: WWII dan Star Wars Battlefront II. Untuk bulan Julai pula, Sony Interactive Entertainment (SIE) menawarkan tiga judul percuma!" /> Call of Duty: WWII dan Star Wars Battlefront II. Untuk bulan Julai pula, Sony Interactive Entertainment (SIE) menawarkan tiga judul percuma!" />

Game percuma PS+ Julai 2020: Rise of the Tomb Raider, NBA 2K20, dan Erica

Pada bulan Jun tahun ini, pelanggan PlayStation Plus (PS+) telah menerima dua permainan video percuma yang menarik iaitu Call of Duty: WWII dan Star Wars Battlefront II. Untuk bulan Julai pula, Sony Interactive Entertainment (SIE) menawarkan tiga judul percuma!

Rise of the Tomb Raider, NBA 2K20, dan Erica adalah tiga permainan video percuma yang ditawarkan kepada pelanggan PS+ pada bulan Julai ini. Ketiga-tiga judul tersebut boleh ditebus dari 7 Julai sehingga 3 Ogos.

SIE juga akan mengadakan sebuah hujung minggu percuma untuk multi-pemain dalam talian dari 4 Julai sehingga 5 Julai. Pemilik PlayStation 4 (PS4) yang tiada langganan PS+ boleh bermain mod multi-pemain dalam tempoh tersebut.

Untuk menyambut ulang tahun ke-10 PlayStation Plus, SIE akan menawarkan sebuah tema PS4 istimewa yang boleh mula dimuat turun dari PlayStation Store pada hujung minggu ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh SIE, terdapat lebih daripada 41 juta pelanggan PS+ setakat ini dan lebih daripada 1,000 permainan video percuma telah ditawarkan melalui langganan ini.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+