Cities: Skylines dan Farming Simulator 19. Untuk bulan ini, dua permainan percuma PS+ adalah permainan penembakan."> Cities: Skylines dan Farming Simulator 19. Untuk bulan ini, dua permainan percuma PS+ adalah permainan penembakan." /> Cities: Skylines dan Farming Simulator 19. Untuk bulan ini, dua permainan percuma PS+ adalah permainan penembakan." />

Game percuma PS+ Jun 2020 – Call of Duty: WWII dan Star Wars Battlefront II

Pada bulan Mei tahun ini, para pelanggan PlayStation Plus (PS+) menerima dua permainan video percuma yang menarik iaitu Cities: Skylines dan Farming Simulator 19. Untuk bulan ini, dua permainan percuma PS+ adalah permainan penembakan.

Call of Duty: WWII dan Star Wars Battlefront II adalah permainan video percuma yang ditawarkan kepada pelanggan PS+ untuk bulan Jun 2020. Satu merupakan permainan Perang Dunia Kedua dan satu lagi pula tentang peperangan di angkasa lepas.

Call of Duty: WWII boleh dimuat turun sekarang dan Star Wars Battlefront II pula boleh mula dimuat turun pada 2 Jun 2020. Tawaran percuma ini akan berakhir pada 6 Julai 2020.

Pada waktu ini, anda masih berpeluang memuat turun Cities: Skylines dan Farming Simulator 19 kerana tawaran percuma untuk kedua-duanya hanya akan berakhir pada 1 Jun 2020.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+