Game percuma PS+ Ogos 2020: Modern Warfare 2 Remastered dan Fall Guys

Pada bulan Ogos 2020, Sony Interactive Entertainment (SIE) menawarkan dua permainan video percuma untuk pelanggan PlayStation Plus (PS+) iaitu Call of Duty: Modern Warfare 2 Remastered dan Fall Guys: Ultimate Knockout.

Jika anda lebih berminat dengan permainan video multi-pemain yang kelam-kabut tetapi seronok, anda patut cuba Fall Guys: Ultimate Knockout. Ia boleh dimuat turun secara percuma dari 4 Ogos hingga 31 Ogos ini.

Pada bulan Jun, pelanggan PS+ menerima Call of Duty: WWII dan bermula pada hari ini, anda boleh muat turun satu lagi judul percuma Call of Duty iaitu Modern Warfare 2 Remastered. Tawaran percuma ini juga berakhir pada 31 Ogos.

SIE juga akan mengadakan sebuah hujung minggu permainan dalam talian percuma dari 8 Ogos hingga 9 Ogos. Dalam tempoh tersebut, anda boleh bermain mod multi-pemain permainan video PlayStation 4 (PS4) secara percuma.

Bagi anda yang masih belum tebus dan muat turun permainan video percuma PS+ bulan Julai 2020 iaitu NBA 2K20, Rise of the Tomb Raider, dan Erica, anda masih boleh tebus judul-judul tersebut sekarang.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+