Garena akan menerbitkan Undawn, sebuah permainan ‘survival shooter’ dengan konsep dunia terbuka

Garena hari ini mengumumkan yang mereka akan menerbitkan permainan dunia terbuka dengan konsep survival shooter baharu iaitu Undawn di Filipina, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand.

Permainan mudah alih tersebut dilaporkan akan dilancarkan pada tahun ini dan ia juga akan boleh dimainkan di PC.

Undawn meletakkan pemain dalam dunia pasca-apokalips yang mana mayat hidup (zombi) berkeliaran. Ia menggabungkan elemen Pemain lawan Pemain (PvP) dan Pemain lawan Persekitaran (PvE) di mana anda akan berdepan cabaran daripada zombi dan juga manusia yang berusaha untuk hidup.

Ia dibangunkan menggunakan Unreal Engine 4 dan mempunyai dunia terbuka yang sangat luas, mengutamakan grafik dan ciri permainan multi-pemain.

Ini antara ciri-ciri permainan Undawn:

  • Teroka di dunia terbuka yang luas dan anda perlu berusaha hidup di kawasan yang sentiasa berbahaya di mana dunia ini akan mengalami pertukaran siang dan malam.
  • Anda perlu melawan secara individu atau berpasukan menggunakan senjata dan stail kombat yang bermacam-macam.
  • Dapatkan sumber dan item untuk bina kubu dan kelengkapan.

Undawn bukanlah permainan pertama berkonsepkan sebegini. Life After daripada NetEase sebelum ini sudah memperkenalkan konsep ini yang mana anda boleh membina kubu dan berlawan dengan zombi.

TAGS

RELATED NEWS

+