ditunda akibat penularan wabak COVID-19."> ditunda akibat penularan wabak COVID-19." /> ditunda akibat penularan wabak COVID-19." />

GDC 2020 Dijadualkan Semula Ke Bulan Ogos

Pada penghujung bulan Februari, pihak penganjur acara Game Developers Conference (GDC) 2020 mengumumkan bahawa acara tersebut terpaksa ditunda akibat penularan wabak COVID-19.

Informa Tech, syarikat penganjur GDC, baru sahaja mengeluarkan kenyataan baru dan mengumumkan GDC 2020 akan ditukar menjadi GDC Summer 2020. Acara tersebut akan berlangsung dari 4 Ogos sehingga ke 6 Ogos 2020.

Acara tersebut tetap menjanjikan pelbagai pembentangan dan perbincangan yang bermanfaat kepada pembangun permainan video. Pada dua hari terkahir acara tersebut, ia akan dijadikan sebuah ekspo gaya bebas.

Jika situasi COVID-19 tidak pulih atau mencapai tahap yang lebih terkawal menjelang Ogos 2020, ada kemungkinan acara ini ditunda sekali lagi. Hal ini perlu diambil kira kerana ramai pembangun permainan video dari seluruh dunia akan hadir ke GDC Summer 2020.

Sumber: GDC

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+