Geek Fam umum pasukan Free Fire, dianggotai pemain noXscape

Organisasi e-sukan tempatan, Geek Fam hari ini mengumumkan divisi baru iaitu Free Fire dan merekrut pemain noXscape. 

Dalam satu pengumuman di Facebook, Geek Fam Free Fire terdiri daripada lima orang pemain:

    • Mohammad Akiq “Akiq” Akimi (Kapten)
    • Haziq “Haziq” Daniel
    • Muhammad Hafiz “Apiz” Azhar
    • Muhammad “Shoyu” Aiman
    • Noor Irfan “Raine” Haqeemy

Selamat datang kepada noXscape yang kini menjadi Geek Fam! Buat pengetahuan Fam, mereka pernah menjadi Juara untuk Free…

Posted by Geek Fam Free Fire Malaysia on Monday, 9 November 2020

Antara pencapaian terdahulu pemain-pemain ini adalah menjuarai Free Fire Tri-Nation Cup, tempat ketiga di Free Fire Tri-Nation Cup – League Circuit dan tempat keempat untuk Free Fire Malaysia Open 2020.

Bagi perkembangan seterusnya, mereka akan mewakili negara ke Free Fire Continental Series 2020 dan Liga Profesional Free Fire.

Foto: Geek Fam Free Fire Malaysia

RELATED NEWS

+